Thursday 13 December 2018

BBM3410/18: Hargai Profesor Normaliza

Haluuu gaes! Setelah lama tidak bertemu di alam maya ni, kini aku kembali lagi. Ada yang rindu tak? HAHAHA Perasannya aku 😂 
.
Baiklah kalian. Kali ini, Prof beri tugasan kepada kami di Facebook gaes! Dari Blog ke Instagram ke Twitter dan kini ke Facebook. Harap lepasni tak beralih ke Wechat pulak huhu.
.
Prof suruh kami tangkap gambar dengan Prof tanpa Prof perasan. Alaaa macam orang putih cakap "candid" 😅
.
2 post kena muat naik ke Facebook dan masukkan ke Blog. Nasiblahhh HAHAHAHA.



Tenggelam kecantikan aku sebab Prof ni memang cantik. Mengalahkan anak muda zaman sekarang. Okae! Selesai puji Prof 😅 💗


Baiklah Prof. Saya kasi X-Large gambar ni. Takut Prof tak nampak pulak kan 💕 Tapi kalau Prof tak nampak jugak ni, emmm saya tak tahu lah Prof huhuhuhu.

Wednesday 12 December 2018

BBM3410/18: Yeayy Kalendar Dah Siap

Alahamdulillah. Akhirnya kalendar dah siap cetak. Memang lawaaa sia. Aku puji kalendar aku. Setelah bertungkus lumus berperang dengan Adobe Photoshop ni, akhirnya kalendar 2019 dah siap!!! 💫
.
Di bawah ni hasil kalendar yang aku buat sendiri gaes YEAYYYY!!!!















Thursday 6 December 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Apa itu video tanpa wajah? Video tanpa wajah adalah video yang dicipta tanpa menunjukkan wajah kesemua pelakon yang terlibat dalam video tersebut.

1) Hanya memberi fokus kepada satu objek sahaja
   - Disebabkan video ini tidak akan menunjukkan wajah pelakon, maka sesuatu objek itu perlulah diberi fokus dalam video lakonan ini.
   - Contohnya, pelakon hanya memberi fokus kepada kasut atau patung sahaja untuk menampakkan objek yang diberi fokus dalam video lakonan ini.

2) Lakonan mestilah selari dengan lagu
   - Pemilihan lagu sebenarnya memberi kesan kepada lakonan untuk video ini. Ini kerana, lakonan yang akan dilakonkan berdasarkan lirik lagu yang dipilih.
   - Jika lagu itu mempunyai lirik yang sedih, maka jalan cerita video tanpa wajah mestilah sedih untuk menyampaikan jalan cerita yang dapat difahami oleh pendengar dan penonton.

3) Sudut rakaman yang baik
   - Sudut rakaman juga diambil kira dalam menghasilkan video tanpa wajah yang menarik. 
   - Rakaman yang jelas dan rapi menunjukkan sesuatu video itu dapat menyampaikan cerita yang jelas walaupun tidak melihatkan wajah kesemua pelakon dalam video ini.



BBM3410/18: Video One Shot

Terdapat 3 jenis video one shoot yang aku pelajari, iaitu Video One Shot One Layer, Video One Shot Two Layer dan Video One Shot Three Layer.

1) Video One Shot One Layer
   - Video ini hanya memerlukan one layer sahaja untuk menghasilkan video ini.
   - One layer bermaksud hanya akan ada penyanyi sahaja dalam video ini.
   - Dibelakang penyanyi tidak ada apa-apa objek yang bergerak, contohnya pelakon, kereta dan lain-lain.



Contoh Video One Shot One Layer

2) Video One Shot Two Layer
   - Video ini memerlukan penyanyi dan pelakon untuk menghasilkan video one shot two layer.
    - Pelakon mestilah berada di belakang penyanyi dan melakonkan sesuatu babak yang berkaitan dengan lirik lagu yang disampaikan.


Contoh Video One Shot Two Layer


3) Video One Shot Three Layer
   - Video ini memerlukan penyanyi, pelakon dan sesuatu yang tidak dirancang berlaku dibelakang penyanyi dan pelakon.
   - Penyanyi mestilah berada di hadapan, kemudian diikuti oleh pelakon dan seterusnya diikuti oleh keadaan yang tidak dirancang.
    - Contoh keadaan yang tidak dirancang itu adalah, kenderaan termasuk lori, kereta, motorsikal dan sebagainya.



BBM3410/18: Papan Cerita

Terdapat beberapa langkah yang diperlukan dalam menghasilkan sebuah papan cerita yang menarik. Langkah-langkah tersebut adalah:

1) Memilih sesuatu produk atau objek yang ingin diceritakan.
   - Produk atau objek tersebut mestilah ditekankan dari permulaan       cerita hingga ke penghujung cerita.
   - Contohnya, jika kasut dijadikan sebagai objek yang ingin             diceritakan, maka dari permulaan cerita hingga ke akhir cerita       mestilah memfokuskan tentang kasut sahaja. 
   - Sama ada kasut sukan, kasut sekolah, kasut jalan dan                 sebagainya.

2) Memilih ayat yang sesuai bagi setiap produk atau objek.
   - Ayat yang sesuai hendaklah diletakkan dalam setiap helaian papan cerita.
   - Penggunaan ayat tersebut juga mestilah bersesuaian dengan jenis kasut yang dipaparkan.
   - Contohnya, bagi objek kasut sukan, antara ayat yang sesuai adalah "Jenama Pilihan Kasut Sukan Anda".

3) Meletakkan gambar dan ayat yang sesuai dihelaian pertama papan cerita
   - Gambar helaian pertama atau helaian hadapan mestilah sesuai dengan papan cerita yang seterusnya.
   - Sekiranya ingin menceritakan tentang kasut, maka helaian pertama mestilah menunjukkan tentang kasut dan perkataan yang dapat menarik perhatian pembaca,
   - Contohnya, dengan meletakkan pelbagai jenis kasut dihelaian hadapan dan ayat untuk menarik perhatian pembaca.

4) Meletakkan produk atau objek lain di helaian terakhir papan cerita
   - Helaian terakhir bagi papan cerita mestilah mempunyai tentang sesuatu produk atau objek yang ingin dipromosikan.
   - Contohnya, jika sesuatu memberi fokus tentang kasut, maka di akhir helaian hendaklah mempromosikan tentang objek selain kasut, seperti baju, beg tangan, kereta dan lain-lain.

BBM3410/18: Asas Grafik

Asas grafik terbahagi kepada lima, iaitu:

  • Warna
  • Mudah
  • Kesesuaian
  • Keseimbangan
  • Teks


1) Warna
   - Warna sesuatu gambar lebih menyerlah daripada gambar yang lain       dan teks yang terdapat dalam helaian yang sama.

2) Mudah
   - Gambar yang ditunjukkan dapat menyampaikan mesej secara lansung kepada pembaca.

3) Kesesuaian
   - Teks yang dipaparkan mestilah sesuai dengan gambar yang dipaparkan.

4) Keseimbangan
   - Kedudukan gambar dan teks mestilah seimbang sama ada dari sudut atas, bawah, kiri dan kanan.

5) Teks
   - Dalam sesuatu helaian tersebut, teks mestilah lebih menyerlah daripada daripada gambar yang dipaparkan.




Thursday 15 November 2018

BBM3410/18: Aku Punya Twitter

Assalamualaikum gaes! Yuhuu jumpa lagi kita. Yang ni cerita terakhir saya untuk minggu ni sebab Prof suruh berhenti buat blog untuk sementara waktu sebab beliau nak masukkan markah 💖 Okae lahh guwe cerita cepat sikit ehh HAHAHA. Gambar di bawah ni merupakan post guwe di Twitter. Saya ambil post yang ilmiah sikit lah ye 😍
.
Yang ni baru ada kesedaran kenapa Prof suruh kami buat kalendar guna Photoshop 😊 Terima kasih Prof ❤️






Okayy. Di bawah ni pulak aku bagi semangat ke kawan kawan aku. Tapi satu orang takda pun nak bagi semangat ke aku. Emmm takpe lahh. Aku ada keluarga dan Prof yang selalu bagi semangat 😚


Post di bawah ni pulak, sebab terlalu gembira sebab Prof kata kumpulan kami baggus. Mungkin sebab dapat buatkan Prof dan kawan kawan gelak kot dengan video one shot kami tu 😂 Kami gigih tau nak buat benda ni. Alhamdulillah berhasil menghiburkan manusia 🌸



Post di bawah ni di adaptasi dari kata-kata Dr. Norazlina. Terima kasih Dr. sebab bagi sebab dan musabab kenapa seseorang itu hadir dalam kehidupan kita walaupun orang tu pecah belahkan hubungan orang. Suka buat cerita bukan bukan. Pastu cerita tu salah pulak. Hadoii manusia ni kan.



Ceriat di bawah ni sebab aku dah kena dengan seseorang ni. Dulu aku hormat dia, tapi bila dia buat aku macam ni, memang hilang dah rasa hormat tu. Pastu putar belit cerita pulak tu. Yang tak pernah kena dengan dia tu memang lah kau kata salah faham semua tu. Sebab kau tak kena lagi. Kau pun ikut je telunjuk dia 😭



BBM3410/18: Proses Photoshop

Assalamualaikum gaes! Disebabkan harini kami takda amali Multimedia, kami telah diberi tugasan untuk membuat video proses membuat kalendar 2019 menggunakan photoshop.
.
Sebenarnya penat tunggu arahan di Putrablast. Sebab ketua cakap tunggu arahan Prof di Putrablast. Sekalinya, arahan dalam whatsapp ja gaes 😅 Aku bila dah ada arahan tu, apa lagi terus ambil tudung lah HAHAHA.
.
Dibawah ni video proses. Maafkan saya jika suara atau latar belakang tidak menyenangkan pendengaran dan penglihatan kalian :')



Terima kasih, daun keladi 💓

Wednesday 14 November 2018

BBM3410/18: Video One Shot Two Layer

Assalamualaikum gaes! Harini bertemu lagi kita semua untuk cerita yang seterusnya. Jadi kali ini kami diberi tugasan untuk membuat viedo one shot two layer. Untuk tugasan kami ini, kami telah memilih lagu Beribu Sesalan yang dinyanyikan oleh 3 artis wanita Malaysia yang popular, iaitu Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah.

Related image
3 suara

Jujurlah aku nak cakap, sebenarnya lagu pilihan pertama kami ialah Gadis dan Bunga nyanyian Rahimah Rahim. Tapi nampak macam payah nak buat lakonan dan tak tau nak buat lakonan apa, jadi kami terus tukar lagu Beribu Sesalan tu.
.
Pemilihan lagu Beribu Sesalan, lakonan, agihan tugas dan bahagian masing-masing, latihan dua tiga kali, semua kami buat satu malam wehh. Habis semua tu dalam jam 12.00 pagi jugak lah. Fuhh padu lahh kalini punya latihan. Perform teruk 💓

Sunday 11 November 2018

BBM3410/18: Hilangkan Tekanan

Okae gaes! Jadi harini aku mau cerita pada kamu semua tentang apa yang berlaku semalam. Semalam aku dan 9 lagi kawan aku sewa kereta Alza dari 10 pagi - 10 malam harga RM100 je gaes! Murah kan? 😌 Destinasi kami yang pertama, Putrajaya kemudian Sungai Tekala kemudian Muaz Bangi.
.
Di bawah ni gambar kami di Masjid Putrajaya. Nampak tak ada dua orang guna jubah tu? Tu aku dengan Wati oi. Kami tak cukup muslimah lagi sebab tu kena guna jubah tu 😅 Sambil tu boleh lah perasan pre konvo dan perasan Harry Potter gituu HAHAHA.

Hadapan Masjid Putrajaya

Sebelum kami pergi Sungai Tekala, kami balik kolej ambil baju. Sebab ni bukan salah satu rancangan kami. Sekejap ja mandi kat Sungai Tekala ni. Air sungai tu sumpah deras! HAHAHAHA 😂

Sungai Tekala Langat

Lepastu puas mandi semua ni, kami tukar baju. Solat kat masjid berdekatan dan terus pergi ke Muaz Bangi. Yang ni aku tak tahu idea sapa HAHAHA Aku ikut je gaes demi kamu semua 💓 Balek UPM dalam jam 9 malam macam tu lah. 
.
Terima kasih gaes untuk kenangan semalam 💖

Friday 9 November 2018

BBM3410/18: Gaji Gaji Gaji

Haluuu gaes! Lama tak muncul kan? huhu Jadi harini aku mau cerita dekat kamu semua bahawa harini aku dan kawan-kawan dapat gaji setelah bekerja selama 4 hari 💃 Hihakkkk. Alhamdulillah
.
Gambar bawah ni kami bergambar dengan salah seorang orang kuat gubahan bunga. Akak ni lah yang selalu naik turun beli bunga fresh kalau dah habis stok. Nama akak ni Kak Firda.

Swafoto dengan Kak Firda

Gambar bawah ni pulak kami bergambar dengan Kak Mas, juga merupakan orang kuat team gubahan bunga. Padu Kak Mas ni, ada selfie stick lagi. Aku takda. HAHAHA Gambar bawah ni pun orang kuat gubahan dan jualan 💓

Swafoto dengan Kak Mas

Gambar bawah ni pun bergambar dengan kak Wani dan kak Hajar juga merupakan orang kuat gubahan bunga. Ehh jap! Asyik ada kak Mas je. Ni kak Mas mesti kaki swafoto kan kan? HUHU 😇

Swafoto dengan Kak Wani dan Kak Hajar

Hah gambar bawah ni lah kejutan untuk harini. Sebab kita dah berpenat berlelah kerja 5 hari dari pagi sampai malam, jadi inilah habuannya. Sijil tu alhamdulillah bertambah sijil aku dalam fail. Sampul putih tu gaji. Berapa? Tak perlu tahu kot huhu 👄 Dapat Pizza percuma laa. Alhamdulillah rezeki hari Jumaat.

Habuan gaes!

Sampul nombor 13 tu sebenarnya cabutan bertuah. Ada yang dapat bantal, tuala, botol. Tapi aku dapat sampul ni. Ni sampul paling bertuah lahh. Sebab ada isi gaes!!! HAHAHAHA.
.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung sepanjang program berlangsung dan sepanjang jamuan ni berlangsung. Saya sayang kamu semua. Muahh sikett 😚

Monday 5 November 2018

BBM3410/18: Kelas Atas Talian

Assalamualaikum, Selamat pagi gaes! Jadi harini aku bangun pagi tetiba dapat whatsapp dari Prof "Maklum pelajar. Program al hijrah hari ini. 5 nov. Lebih kurang jam 8.15 pagi". Terus terjun dari katil dan forward ke group whatsapp kelas. Takut terlepas sebab Prof whatsapp jam 7.50 pagi, aku baca jam 8.17 pagi. Alhamdulillah slot Prof tak terlepas.
.
Ya! Gambar di bawah ni ialah Prof kesayangan aku! Betul ni tak tipu! Bangga bila dapat tahu Prof masuk tv. Al-Hijrah pulak tu 💕 Angle cantik kan, Prof? huhuhu

Prof memang lawa

Tahniah Prof dapat duduk semeja dengan Ashraf Muslim dan Irma Hasmie. Dan sesungguhnya Prof, kuliah lagi mudah dari kelas atas talian😅

Gigihnya Prof 

Teka apa. Tak sampai setengah jam Prof dah like dan komen post aku kt instagram oi 💖 Bertambah sayang lah dengan Prof kalau macam ni.

Like dan komen dari Prof




Wednesday 31 October 2018

BBM3410/18: Berbakti Kepada Universiti

Cerita kalini adalah... Waktu konvo UPM kali ke-42 kami pasukan gubahan turut serta membantu pasukan jualan untuk menghabiskan bunga bunga yang belum terjual. Banyak jugak lah hasil jualan tahun ni. Cer teka berapa? Jualan tahun ni mencecah RM74k. Alhamdulillah. Semua berkat kerjasam dari semua pihak 💕

Gigih buat lelongan depan Dewan Besar

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua pihak sebab menggembirakan saya 😅 Terima kasih untuk kenangan.

Pasukan gubahan bunga konvo

Pasukan yang paling maju bagi aku selama aku belajar di UPM. Tahniah!!! Aku tengah tunggu konvo tahun depan ni, insyaAllah. Aku nak bunga percuma. EMM tapi jap, tak nak lah bunga sebab akan layu juga bila bawak balik Sabah. Jadinya aku hanya nak jambangan ayam goreng McD lah tahun depan 💓
.
Terima kasih untuk kenangan dan memori dan tunjuk ajar selama ini. Sampai kita jumpa lagi yah kakak dan adik adik semua.

BBM3410/18: Gadis Bunga Lah Sangat

Haii pemabaca tegar ku sekalian. Baik baik ja kan diri kamu semuanya? Sebab aku tak balik kampung cuti mid sem seminggu ni, aku libatkan diri kerja gubah bunga untuk konvo UPM kali ke-42. Tahun ni kali ke-2 aku ikut kerja gubah ni. Baguslah kerja daripada duduk bilik je tak buat apa kan. Kalau buat PITA tadi okay lah. Ni duduk bilik, syaitonnn banyak ui. Automatik jadi malas bila duduk bilik.

Comel kan kami?

Gambar atas tu dengan dik Marshi. Kenal dari kem juga program Zakat UPM. Alhamdulillah masih kenal sampai sekarang. Bunga yang kami pegang tu hasil gubahan dari tangan kami sendiri. Fuhhh. Bukan senang nak jadikan gubahan tu nampak cantik dan unik. Kami buat dengan penuh kasih sayang ni. TAU tak? HAHAHAHA

Gigih buat riben

Gambar atas tu bukan dibuat-buat tau. Tu orang tangkap gambar senyap senyap. Biasalah paparazi ada di mana mana 😅 Kami buat riben untuk jambangan bunga tu secara manual tau. Kami hanya ada beberapa gulungan riben dan kami bentuk sendiri riben tu dengan cantik. Pun dibuat dengan penuh kasih sayang 💕
.
Yang istimewanya kerja ni adalah, kami hanya gunakan bunga orkid ja. Ya tahu susah nak jaga. Sebab tu lah harga dia mahal sikit dari yang lain HAHAHAHAH
.
Selamat berkonvo kakak abang semua.

BBM3410/18: Tanda OK?

Hellooo sahabat ku semuanya. Apa khabar kalian cuti mid sem ni? Untung lahh balek. Tak yah lah balek UPM lagi *merajuk* 😢 Ehh Qinah ni dah besar pun nak merajuk lagi HAHAHAHA. Cerita kalini adalah... Prof suruh update instagram tanda OK guna tangan kami kalau nak cuti hari Isnin depan. Aku yang tengah kerja pun terpaksa curi tulang jap 😂 Sebab nak ambil gambar tanda OK tu. FUHHHH

Ni lah tanda OK tu

Cantik pulak kan latar belakang gambar tu. Padahal aku main ambil ja. Tangan tu sengaja bagi kena cahaya matahari. Sebab aku nak dapatkan vitamin D dari cahaya matahari tu.

Like dan komen dari Prof

Tak sampai sehari aku post gambar tu, Prof dah like dan komen waktu petang. Akhirnya Prof tahu juga tentang kewujudan aku HAHAHA Bukan biasa biasa ni bila Prof komen. Sangat luar biasa. Padu lah Prof ni 💕
.
Terima kasih Prof sebab batalkan kelas hari Isnin ni dan gantikan kelas atas talian. Sayang Prof sangat sangat. Bertambah sayang. Ni tak tipu huhuhu.
.
Pastu tetiba dapat tahu kena tangkap gambar Prof esok di TV Al-Hijrah sebagai tugasan. Masalahnya aku tak balek! Aduhhh. Kolej mana ada TV! Tapi alhamdulillah, rancangan TV tu ditangguhkan 😀 Terima kasih TV Al-Hijrah.


Friday 26 October 2018

BBM3410/18: Aci Aci Buka Pintu

Okae gais. Yang ni aku nak cerita tentang lakonan kami buat video one shot. Post sebelum ni aku ada bagitau kumpulan kami buat Aci-Aci Buka Pintu yang asalnya dinyanyikan oleh P. Ramlee. Idola tuuu 💓 Belah pagi berlatih tak sampai 6 kali kat Dewan Za'ba. Pastu belah malam terus rekod! Banyak kali juga lah rekod balek video tu. Banjir kepet 😅
.
Gambar bawah ni, hantu sempat bergambar dengan Saloma dan P. Ramlee waktu otw nak ke takutkan orang. Peminat katanya HAHAHA. Hantu pun tak cukup tulang rusuk! Mana pergi tulang rusuk ni. Aihhh penatlah tunggu tulang rusuk.

Saloma ft P. Ramlee

Gambar bawah ni menunjukkan istilah "Kawan sampai ke akhir hayat". Sampai tinggal rangka pon boleh wahai hantu sekalian 💕 Waktu buat video tu, tulang asyik tercabut ja weh. Tulang rusuk tak banyak, tak kan lah nak tercabut pulak! 

Hantu pun reti bergambar


BBM3410/18: PITA Lagi

Haluuu gaes! Bertemu lagi kita. Kali ini saya nak cerita tentang PITA lagi. Makin lama makin suka pula buat PITA. Sebab? Sebabnya penyelia aku baik, sempoi, dan pemberi semangat kepada kami semua. Penyelia aku ialah Prof. Normaliza 💓

Ni lah penyelia tercinta kami

Waktu ni, Prof kata "Ni last kamu jumpa saya yah. Lepasni hantar guna email je" Pastu masing-masing "Baiklah Prof". HAHAHA Selalunya perjumpaan PITA sejam je, tapi minggu ni jumpa jadi 2 jam. Kenapa? Sebab kami tanya hal-hal berkaitan master 😁

Sempat swafoto kikiki

Waktu tanya tentang master tu, Prof siap bagi semangat dekat kami semua "Kamu sambung lah master. Sangat rugi kalau tak sambung." Bla bla bla. Sebenarnya banyak lagi semangat yang Prof bagi ke kami. Tapi aku lupa! 😥

Aiman dengan kak Pika tu candid sangat

Makin lama makin sayang dengan Prof. Serius yang ni tak tipu. Prof bagi kata-kata semangat ke kami macam seorang ibu bagi semangat ke anak-anak dia. Ya Allah! Tetiba rindu keluarga kat kampung. Akhir sekali, tak sangka Prof seperti golongan remaja bila tangkap gambar. Kan Prof? HAHAHA 😅
.
Kalau Prof baca ni, ketahuilah kami sayang Prof 💕



Monday 22 October 2018

BBM3410/18: Video One Shot

Assalamualaikum wahai pembaca tegar ku sekalian ❤ Harini kami dapat tugasan buat video one shot! Kena miming dan menari lah pulak. Badan aku kayu wehhh. Malas lah bila ada orang cakap nanti "Kayu pun nak menari". Kau pehal! Tugasan kot. Peduli kau sana.
.
Jadinya kumpulan kami pilih lagu Aci-aci Buka Pintu dari P.Ramlee. Fuyooo, kami jiwa orang dulu-dulu ni. kikiki. Teka lah aku bakal jadi apa nanti? Burung hantu? Jam? P.Ramlee? Saloma? Ke hantu? HAHAHAHA Aku jadi hantu biar aku dapat menghatui diri kalian 😀

Hah ni lah hantu dia

Watak utama untuk video ni mestilah P.Ramlee. Untuk tugasan kami, tak tahu pulak siapa pegang watak P.Ramlee. Rasanya saudari Nisa kot. Beliau mahir dalam bab-bab berlakon ni. Kan Nisa kan? 💗

Achi tu sebenarnya sayang

Gaes! Doakan kami berhasil buat video one shot ni dengan jayanya yah. Aku sayang kalian semua. Muahhh sikit 😘


Sunday 21 October 2018

BBM3410/18: Keterampilan Sangat

Haluu lagi gaes! Kali ini aku dengan kawan aku buat semula video keterampilan BM. Sebab? Sebabnya video yang kami buat sebelum ni, asatagaaa... Buruk! Aku punya video tu tak tahu lah nak kasi dengar orang atau tak. Macam suara tikus 😅


Tak ambil video dah barai

Keluar dari bilik jam 11 pagi baliknya jam 5 petang! Emmm lama bikin video ni. Dari fakulti pindah ke Bukit Ekspo. Semua tempat kami pergi ada gangguan. Ya Allahhh dugaan apakah ini! Ampuni dosa Nabila ya Allahhhh. 
.
Ya sebenarnya sudah hafal teks. Tapi bila nak rakam video tu. Astaga! Masa tu lah otak nak buat hal. Bila masa makan semut tak tahu lah. Kesian kau kan semut. Tapi aku lagi kesian!