Saturday 7 May 2016

Aku Hanya Ingin Menulis

Aku hanya seorang manusia
Yang kehadiranku sering kali tidak diketahui

Aku hanya ingin menulis
Walaupun aku tahu bahawa
Aku ini bukanlah baik dalam menghasilkan karya
Sajak, puisi, cerpen mahupun novel
Mungkin juga setiap tulisanku
Untuk sampai ke taraf sesuatu karya itu
Sememangnya tidak sampai
Namun usaha keras tetap aku jalankan

Aku mengakui
Memulakan sesuatu amat sukar bagi ku
Aku mengakui
Mungkin ini hanyalah permulaan
Permulaan untuk aku mengembangkan lagi karya kreatifku 

Aku percaya
Kritikan pasti akan memajukan
Takut bertanya sesat jalan
Takut salah bodoh selamanya
Takut mengambil risiko
Bakat dan karya terkubur selamanya