Wednesday 31 October 2018

BBM3410/18: Berbakti Kepada Universiti

Cerita kalini adalah... Waktu konvo UPM kali ke-42 kami pasukan gubahan turut serta membantu pasukan jualan untuk menghabiskan bunga bunga yang belum terjual. Banyak jugak lah hasil jualan tahun ni. Cer teka berapa? Jualan tahun ni mencecah RM74k. Alhamdulillah. Semua berkat kerjasam dari semua pihak 💕

Gigih buat lelongan depan Dewan Besar

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua pihak sebab menggembirakan saya 😅 Terima kasih untuk kenangan.

Pasukan gubahan bunga konvo

Pasukan yang paling maju bagi aku selama aku belajar di UPM. Tahniah!!! Aku tengah tunggu konvo tahun depan ni, insyaAllah. Aku nak bunga percuma. EMM tapi jap, tak nak lah bunga sebab akan layu juga bila bawak balik Sabah. Jadinya aku hanya nak jambangan ayam goreng McD lah tahun depan 💓
.
Terima kasih untuk kenangan dan memori dan tunjuk ajar selama ini. Sampai kita jumpa lagi yah kakak dan adik adik semua.

BBM3410/18: Gadis Bunga Lah Sangat

Haii pemabaca tegar ku sekalian. Baik baik ja kan diri kamu semuanya? Sebab aku tak balik kampung cuti mid sem seminggu ni, aku libatkan diri kerja gubah bunga untuk konvo UPM kali ke-42. Tahun ni kali ke-2 aku ikut kerja gubah ni. Baguslah kerja daripada duduk bilik je tak buat apa kan. Kalau buat PITA tadi okay lah. Ni duduk bilik, syaitonnn banyak ui. Automatik jadi malas bila duduk bilik.

Comel kan kami?

Gambar atas tu dengan dik Marshi. Kenal dari kem juga program Zakat UPM. Alhamdulillah masih kenal sampai sekarang. Bunga yang kami pegang tu hasil gubahan dari tangan kami sendiri. Fuhhh. Bukan senang nak jadikan gubahan tu nampak cantik dan unik. Kami buat dengan penuh kasih sayang ni. TAU tak? HAHAHAHA

Gigih buat riben

Gambar atas tu bukan dibuat-buat tau. Tu orang tangkap gambar senyap senyap. Biasalah paparazi ada di mana mana 😅 Kami buat riben untuk jambangan bunga tu secara manual tau. Kami hanya ada beberapa gulungan riben dan kami bentuk sendiri riben tu dengan cantik. Pun dibuat dengan penuh kasih sayang 💕
.
Yang istimewanya kerja ni adalah, kami hanya gunakan bunga orkid ja. Ya tahu susah nak jaga. Sebab tu lah harga dia mahal sikit dari yang lain HAHAHAHAH
.
Selamat berkonvo kakak abang semua.

BBM3410/18: Tanda OK?

Hellooo sahabat ku semuanya. Apa khabar kalian cuti mid sem ni? Untung lahh balek. Tak yah lah balek UPM lagi *merajuk* 😢 Ehh Qinah ni dah besar pun nak merajuk lagi HAHAHAHA. Cerita kalini adalah... Prof suruh update instagram tanda OK guna tangan kami kalau nak cuti hari Isnin depan. Aku yang tengah kerja pun terpaksa curi tulang jap 😂 Sebab nak ambil gambar tanda OK tu. FUHHHH

Ni lah tanda OK tu

Cantik pulak kan latar belakang gambar tu. Padahal aku main ambil ja. Tangan tu sengaja bagi kena cahaya matahari. Sebab aku nak dapatkan vitamin D dari cahaya matahari tu.

Like dan komen dari Prof

Tak sampai sehari aku post gambar tu, Prof dah like dan komen waktu petang. Akhirnya Prof tahu juga tentang kewujudan aku HAHAHA Bukan biasa biasa ni bila Prof komen. Sangat luar biasa. Padu lah Prof ni 💕
.
Terima kasih Prof sebab batalkan kelas hari Isnin ni dan gantikan kelas atas talian. Sayang Prof sangat sangat. Bertambah sayang. Ni tak tipu huhuhu.
.
Pastu tetiba dapat tahu kena tangkap gambar Prof esok di TV Al-Hijrah sebagai tugasan. Masalahnya aku tak balek! Aduhhh. Kolej mana ada TV! Tapi alhamdulillah, rancangan TV tu ditangguhkan 😀 Terima kasih TV Al-Hijrah.


Friday 26 October 2018

BBM3410/18: Aci Aci Buka Pintu

Okae gais. Yang ni aku nak cerita tentang lakonan kami buat video one shot. Post sebelum ni aku ada bagitau kumpulan kami buat Aci-Aci Buka Pintu yang asalnya dinyanyikan oleh P. Ramlee. Idola tuuu 💓 Belah pagi berlatih tak sampai 6 kali kat Dewan Za'ba. Pastu belah malam terus rekod! Banyak kali juga lah rekod balek video tu. Banjir kepet 😅
.
Gambar bawah ni, hantu sempat bergambar dengan Saloma dan P. Ramlee waktu otw nak ke takutkan orang. Peminat katanya HAHAHA. Hantu pun tak cukup tulang rusuk! Mana pergi tulang rusuk ni. Aihhh penatlah tunggu tulang rusuk.

Saloma ft P. Ramlee

Gambar bawah ni menunjukkan istilah "Kawan sampai ke akhir hayat". Sampai tinggal rangka pon boleh wahai hantu sekalian 💕 Waktu buat video tu, tulang asyik tercabut ja weh. Tulang rusuk tak banyak, tak kan lah nak tercabut pulak! 

Hantu pun reti bergambar


BBM3410/18: PITA Lagi

Haluuu gaes! Bertemu lagi kita. Kali ini saya nak cerita tentang PITA lagi. Makin lama makin suka pula buat PITA. Sebab? Sebabnya penyelia aku baik, sempoi, dan pemberi semangat kepada kami semua. Penyelia aku ialah Prof. Normaliza 💓

Ni lah penyelia tercinta kami

Waktu ni, Prof kata "Ni last kamu jumpa saya yah. Lepasni hantar guna email je" Pastu masing-masing "Baiklah Prof". HAHAHA Selalunya perjumpaan PITA sejam je, tapi minggu ni jumpa jadi 2 jam. Kenapa? Sebab kami tanya hal-hal berkaitan master 😁

Sempat swafoto kikiki

Waktu tanya tentang master tu, Prof siap bagi semangat dekat kami semua "Kamu sambung lah master. Sangat rugi kalau tak sambung." Bla bla bla. Sebenarnya banyak lagi semangat yang Prof bagi ke kami. Tapi aku lupa! 😥

Aiman dengan kak Pika tu candid sangat

Makin lama makin sayang dengan Prof. Serius yang ni tak tipu. Prof bagi kata-kata semangat ke kami macam seorang ibu bagi semangat ke anak-anak dia. Ya Allah! Tetiba rindu keluarga kat kampung. Akhir sekali, tak sangka Prof seperti golongan remaja bila tangkap gambar. Kan Prof? HAHAHA 😅
.
Kalau Prof baca ni, ketahuilah kami sayang Prof 💕



Monday 22 October 2018

BBM3410/18: Video One Shot

Assalamualaikum wahai pembaca tegar ku sekalian ❤ Harini kami dapat tugasan buat video one shot! Kena miming dan menari lah pulak. Badan aku kayu wehhh. Malas lah bila ada orang cakap nanti "Kayu pun nak menari". Kau pehal! Tugasan kot. Peduli kau sana.
.
Jadinya kumpulan kami pilih lagu Aci-aci Buka Pintu dari P.Ramlee. Fuyooo, kami jiwa orang dulu-dulu ni. kikiki. Teka lah aku bakal jadi apa nanti? Burung hantu? Jam? P.Ramlee? Saloma? Ke hantu? HAHAHAHA Aku jadi hantu biar aku dapat menghatui diri kalian 😀

Hah ni lah hantu dia

Watak utama untuk video ni mestilah P.Ramlee. Untuk tugasan kami, tak tahu pulak siapa pegang watak P.Ramlee. Rasanya saudari Nisa kot. Beliau mahir dalam bab-bab berlakon ni. Kan Nisa kan? 💗

Achi tu sebenarnya sayang

Gaes! Doakan kami berhasil buat video one shot ni dengan jayanya yah. Aku sayang kalian semua. Muahhh sikit 😘


Sunday 21 October 2018

BBM3410/18: Keterampilan Sangat

Haluu lagi gaes! Kali ini aku dengan kawan aku buat semula video keterampilan BM. Sebab? Sebabnya video yang kami buat sebelum ni, asatagaaa... Buruk! Aku punya video tu tak tahu lah nak kasi dengar orang atau tak. Macam suara tikus 😅


Tak ambil video dah barai

Keluar dari bilik jam 11 pagi baliknya jam 5 petang! Emmm lama bikin video ni. Dari fakulti pindah ke Bukit Ekspo. Semua tempat kami pergi ada gangguan. Ya Allahhh dugaan apakah ini! Ampuni dosa Nabila ya Allahhhh. 
.
Ya sebenarnya sudah hafal teks. Tapi bila nak rakam video tu. Astaga! Masa tu lah otak nak buat hal. Bila masa makan semut tak tahu lah. Kesian kau kan semut. Tapi aku lagi kesian!

Thursday 18 October 2018

BBM3410/18: Martabatkan Bahasa Melayu?

Hai pembaca tegar ku sekalian 💕 Minggu ni aku buat video untuk subjek Keterampilan Bahasa Melayu. Emmm sungguh mencabar.
.
Dari fakulti ke library. Fuhhh gigihkan? Sebenarnya nak buat di fakulti tapi bunyi kereta amat mengganggu ku 😓 Jadi hidup secara nomad lah ke library.
.
Dah siap rekod edit semua tu, bila dengar balek. MasyaAllah!!! Suara aku macam tikus. Macam aku berbisik dengan orang! 

Cantikkan aku!!

Bila dah tengok video tu rasa nak buat balek lah! Takut Dr Noraz tak dengar. KAHKAHKAH
.
Payah gak lah weh! Ada tips ka cara buat video dengan berkesan? Kongsilah dengan aku. Jangan kedekut ilmu tau 😗

BBM3410/18: Citra Simpulan Bahasa

Haluuu gaes! Minggu ni kami punya kerja kena buat cerita tentang simpulan bahasa pulak. Dalam bentuk gambar wehh! Adeiii. Sumpah susah nak buat cerita dalam bentuk gambar. Kalau video tadi  boleh diterima lagi. Ni tak 😅
.
Paling payah nak mampus buat, ni hah senyum kambing. Nasib baik tak jadi kambing weh. Kalau jadi kambing nanti kena sembelih masak kenduri. Aku tak nak!


Cubaan Senyum Kambing tak jadi

Yang ni pulak simpulan bahasa Pekak Badak. Jadi ke  tak? 😁 Nasiblah weh kawan aku ni tak jadi badak! Kalau jadi, hari-hari tempat dia di sawah 😂 Gurau k gurau. 

Cubaan Pekak Badak

Hah yang ni pun nak buat astagaa payah amat! Korang tengok hantu tu? Tu aku lah weh 😆 Hantu muncul waktu siang. Adei menyesal guna serba hitam haritu. Tak pasal pasal kena jadi  hantu panjat sinki tu. Semoga aku tak jadi hantu menghantui kawan-kawan aku! Dapat teka ke gambar bawah ni untuk simpulan bahasa apa? Takpe jawapan dah ade tu ha.

Cubaan Hati Tikus



Thursday 11 October 2018

BBM3410/18: Kempunan Nasi Kukus Ayam Berempah

Tengok video kawan makan nasi kukus ayam berempah terus kempunan. Sebab kempunan sangat tu sampai kawan ajak aku pergi beli makanan ni. 
.
Satu kata untuk nasi kukus ayam berempah ni "SEDAP". Tengok gambar pun dah buatkan korang telan air liur kan? Pembaca blog aku semua okay ke tak tu? 😂


Related image
Nasi kukus ayam berempah


Maaf lah weh. Gambar tu sebenarnya gambar atok google! Tak sempat nak ambil gambar sebelum makan tu. Tau lah kan, aku ni tak sabar nak makan! Jadi buat apa nak ambil gambar kan?
.
Kuah, sambal dan ayam berempah dia, perghhhhh sedap walawehhh! Nasi dia lembut macam gula kapas. Timun pun sedap. Eh ye ke? 😂

BBM3410/18: Demi PITA

Mustahil korang tak tahu apa tu PITA. Kalau korang tak tahu PITA maksudnya korang tipu 😂 Aku gigih nak buat PITA, pinjam rujukan dari semua pihak.
.
Ni rujukan tambahan pinjam dari Anyah. Anyah mana Anyah huhu. Gigih oi nak khatam buku ni. Biarlah luar buruk macam belacan yang penting isinya bosku! Buku BI tu tak sentuh pon!


Import dari UPSI

Semoga penyelia PITA aku nampak kegigihan aku! Nampak ke aku tengah gigih ni wahai penyelia ku sayang. Dari bab 1 hingga bab 5, aku periksa tatabahasa susunan ayat semua tu. Okay cantik dah. HAHAHAH Saja nak puaskan hati.


BBM3410/18: Terlalu Banyak Flatlay

Flatlay
Half Flatlay
Quarter Flatlay
Zero Flatlay

Masa ni lah masing-masing nak jadi dugong terbiar atas lantai. Bukan atas pantai 😂 
.
Masing-masing buka kasut, nasiblah kaki tak bau weh. Kalau bau mesti semua orang pengsan HAHAHAH Sanggup masuk dalam semak sebab nak ambil gambar yang cantik. Masalahnya cantik kee??? 💕


Proses buat Flatlay

Hah yang ni, tengok tak gadis bertudung hijau tu? Warna tudung dah sama dengan daun. Lepasni boleh kot nak menyamar jadi pokok pokok. Ye awak. Tenang saudari. Aku GURAU je. Jangan ambil hati nah.

Proses buat Half Flatlay mungkin

Cubaan untuk tangkap gambar zero flatlay. Kesian biskut biskut tu weh. Gigih balek kolej semata nak ambil kain-kain dan objek semua tu untuk tugasan ni. Wahai pensyarah ku, sedarlah kewujudan kegigihan kami.

Proses buat Zero Flatlay



Wednesday 3 October 2018

BBM3410/18: Latihan Softball

Sem ni terlibat lagi dengan pasukan softball kolej. Mungkin untuk yang terakhir kalinya aku pegang bat, guna glove, jadi first base. Emm mesti rindu nanti kan? Eh mesti lahhh.


Asas grafik keseimbangan?

Tapi mudahan ada peluang lagi nak main softball suatu hari nanti. Mungkin di peringkat yang lebih tinggi? Mungkin peringkat antarabangsa? Fuhhhh tinggi sangat angan-angan weh! Tapi tak salah kan? ✌
.
Pertama kali aku main softball ni masa sem 3. Waktu tu memang kosong. Memang tak da ilmu tentang softball. Tapi bila dah dalam pasukan, memang dorang akan ajar lah sampai dapat. Alhamdulillah kawan-kawan aku ni tak kedekut ilmu.
.
Sekarang dah sem 7, sem terakhir. Nampak tak berapa lama aku main softball. Dah jatuh cinta dengan softball tapi aku tak nak lah kawen dengan softball. HAHAHAHAHA Sampai ke lawak aku tu? 😆 Kalau tak sampai, mohon cari. KBAI.

BBM3410/18: Perlawanan Softball

Sanggup berpanas berhujan dengan pasukan softball. Bila ada guruh dan kilat semua takut. Rupanya hati tikus korang yah HAHAH 


Senior Softball. Eh ye ke?

Paling tak boleh nak blah, tengah padang kasut aku rosak! Tapak tercabut. Nampak tak aku nak berusaha bagi memang pasukan ni. Tapi tak menang jugak gaes. Yang penting kenangan 😍 Auchhh. Kenangan tapak kasut tercabut ditengah padang.

Gambar kasut sebelum dibuang dalam tong sampah

Ni pasukan softball kolej. Nak kotorkan baju libatkan diri dengan softball dan seangkatan yang bermain atas padang. Aku sayang dorang. Aku sayang pasukan ni. Mesti nanti rindu korang gaes! Alaa nak nangis lah tulis tentang ni. Nak pinjam bahu boleh? 😭

Pasukan yang daku sayangi

Tahniah sebab aku pilih untuk masukkan kenangan ni di blog.


BBM3410/18: Hari Penuh Debaran

"Dadah dan jenisnya" Tapi kami bukan ambil dadah tau. Kami ni budak baik. Tengok muka pun boleh tahu semua muka suci 💖 
.
Tukar tajuk tiba-tiba lepastu berlatih tak sampai 3 hari. Eh ye ke?  Ye ah. Tak tipu weh. Dari tajuk Kebanjiran Drama Korea tukar ke tajuk Dadah dan Jenisnya.
.
Atas pentas punya lah gemuruh. Rasa macam dalam peti ais 😂 Syaqinah dengan gemuruh berpisah tiada.

Lepas habis pembentangan. Syukur!

Bila dah habis pembentangan, fuhhh lega kakak dek. Dah boleh komen kumpulan lain punya pembentangan macam peluru berpandu. Habis lah korang lepasni. Sediakan lah pelindung siap siap KAHKAHKAH

Ni aku lah

Kecilkan aku. Tapi takpe yang penting comel fuhhh. Okie awal pembentangan memang yakin nak mampus, sampai tengah dah 50-50, sampai yang terakhir dah emmmm selamat tinggal keyakinan ku sayang.
.
Ni nak pesan sikit, jangan ambil dadah yah pembaca ku sekalian. Sayangi diri anda dan keluarga anda. 

BBM3410/18: Gigih Tunggu Prof di Pesta Makanan

Awal pagi datang fakulti nak jumpa Prof. Sampai terduduk atas lantai buat macam rumah sendiri 😂 Prof tak kesiankan kami ke? Berebut bas awal pagi semata nak jumpa Prof demi tugasan 😁 


Akhirnya dapat bergambar dengan Prof

Nampak gambar di bawah ni, baru tahu tinggi kami lebih kurang. Kan Prof? HIHIHI. Prof cantik, saya comel. Hihakkkk! Angkat bakul sendiri lagi.

Eh tinggi kita hampir samalah Prof!

Ni hah bukti tunggu Prof dari jam 7.45 pagi sampai sekarang Prof tak nak ambil gambar dengan kami. Hati sedih, hati pedih. Eh. Cuba teka Prof kami tengah buat apa? Salah. Tengah susun nasi lemak dia. Sumpah nasi lemak sedap. Menyesal tak ambil banyak-banyak. Eh boleh ke? Boleh je sebab banyak yang lebih.

Gigih oi tunggu

Tapi terima kasih Prof. Untuk apa? Untuk semuanya. Layan kerenah kami pada hari ini. Hari-hari lain boleh jugak ke Prof? 💕

BBM3410/18: Tugasan Atas Talian Putrablast

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini merupakan minggu ke 4 kuliah. Pada hari Isnin yang lalu, pensyarah kami iaitu Prof. Dr. Normaliza telah memberikan tugasan kepada kami melalui Putrablast. Oleh kerana kami diberikan tugasan melalui atas talian, kami boleh  menyiapkan tugasan tersebut dimana sahaja kami berada. Ada yang menyiapkan tugasan tersebut di kolej kediaman, ada juga di perpustakaan dan juga di fakulti. Tugasan tersebut menghendaki kami untuk menjadikan buku BOOM with Social Media sebagai rujukan. Kami dikehendaki untuk memberikan persepsi masing-masing tentang jenis-jenis media sosial yang terdapat dalam bab 1 buku tersebut. Saya telah memberikan persepsi secara meluas yang merangkumi kepada rakyat Malaysia. Saya meneliti media sosial yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia. Kemudian kami dikehendaki untuk memilih salah satu jenis media sosial untuk menerangkan kegunaan media sosial tersebut dalam pembelajaran di universiti kami. Saya telah menerangkan tentang subjek Penterjemahan Audio Visual dimana kami telah membuata tugasan dan perlu memuat naik tugasan tersebut di Youtube. Kami dikehendaki untuk menghantar tugasan tersebut melalui email pensyarah kami pada jam 2 petang sehingga 3 petang sahaja. 





BBM3410/18: Mencabar Sangat

Gigih oi panjat pokok sampai terguling jatuh atas tanah. Tapi aku okay ja. Cuma lutut luka lah. Nasib baik dorang bagi semangat suruh panjat lagi weh. Alahai kawan. Dan nasib tak patah kaki weh. HUHUHU. Lepastu tak serik pulak. Panjat monkey bar pulak! Yang ni nasib tak jatuh. Dan nasib tak jadi monyet 😆 


Aku takda dalam gambar sebab gigih stabilkan diri atas monkey bar

Tengok gambar bawah tu, "Eh bahu aku lah". Akhirnya ada juga aku termasuk dalam gambar walaupun bahu je yang masuk. HAHAHA Takpe kawan-kawan. Saya okay ja ni. Apa barang tunjuk kaki. Dorang ni eiii. Lain kali tunjuk lah lubang hidung korang tu.

Over the Shoulder

Tak sangka UPM ada tempat macam ni. Padahal Bukit Ekspo je gaes! Macam di Kundasang. Eh tetiba rindu Sabah 😢 Cantik kan? Tengok lah sapa yang amek gambar dan edit. Kalau tak, sendu gambar ni tau >< Hai Nisaaaa. 

Longshot