Terdapat beberapa langkah yang diperlukan dalam menghasilkan sebuah papan cerita yang menarik. Langkah-langkah tersebut adalah:
1) Memilih sesuatu produk atau objek yang ingin diceritakan.
- Produk atau objek tersebut mestilah ditekankan dari permulaan cerita hingga ke penghujung cerita.
- Contohnya, jika kasut dijadikan sebagai objek yang ingin diceritakan, maka dari permulaan cerita hingga ke akhir cerita mestilah memfokuskan tentang kasut sahaja.
- Sama ada kasut sukan, kasut sekolah, kasut jalan dan sebagainya.
2) Memilih ayat yang sesuai bagi setiap produk atau objek.
- Ayat yang sesuai hendaklah diletakkan dalam setiap helaian papan cerita.
- Penggunaan ayat tersebut juga mestilah bersesuaian dengan jenis kasut yang dipaparkan.
- Contohnya, bagi objek kasut sukan, antara ayat yang sesuai adalah "Jenama Pilihan Kasut Sukan Anda".
3) Meletakkan gambar dan ayat yang sesuai dihelaian pertama papan cerita
- Gambar helaian pertama atau helaian hadapan mestilah sesuai dengan papan cerita yang seterusnya.
- Sekiranya ingin menceritakan tentang kasut, maka helaian pertama mestilah menunjukkan tentang kasut dan perkataan yang dapat menarik perhatian pembaca,
- Contohnya, dengan meletakkan pelbagai jenis kasut dihelaian hadapan dan ayat untuk menarik perhatian pembaca.
4) Meletakkan produk atau objek lain di helaian terakhir papan cerita
- Helaian terakhir bagi papan cerita mestilah mempunyai tentang sesuatu produk atau objek yang ingin dipromosikan.
- Contohnya, jika sesuatu memberi fokus tentang kasut, maka di akhir helaian hendaklah mempromosikan tentang objek selain kasut, seperti baju, beg tangan, kereta dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment