Wednesday 26 September 2018

BBM3410/18: Asas Grafik Menghiburkan Kami

Pada kuliah minggu kedua bersamaan hari Rabu (19 September 2018), kami semua diarahkan untuk melakukan sebuah tugasan yang berkaitan dengan asas grafik yang merangkumi warna, keseimbangan, kesesuaian, teks dan mudah. 
.
Ni tugasan kumpulan dan kena hantar ke Prof sebelum 2.00 petang hahahaha. Masing-masing huru hara 😅
.
Kami berpecah meletopkan ahli kumpulan mengikut tugasan. Setelah selesai membuat tugasan ini, kami diarahkan untuk menangkap gambar kumpulan sebagai bukti dan mungkin sebagai kenangan manis untuk subjek Multimedia Dalam Bahasa ini.




BBM3410/18: Asas Grafik Tugasan Pertama

Pada hari Rabu minggu pertama, kelas Multimedia Dalam Bahasa merupakan kelas pertama yang kami ikuti untuk semester yang terakhir ini. Pensyarah bagi subjek ini ialah Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Beliau juga merupakan penyelia untuk Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) saya. Pada kuliah tersebut, beliau mendedahkan kepada kami dengan lebih mendalam tentang subjek yang akan kami pelajari selama 14 minggu. Beliau memberitahu kepada kami bahawa terdapat tugasan dalam kumpulan dan tugasan secara individu. Beliau juga turut mengarahkan kami untuk mencari 10 orang dan membentuk satu kumpulan. Seterusnya, beliau juga telah menyatakan tentang tugasan yang akan kami lakukan sepanjang semester yang terakhir ini. Pada hari tersebut, setelah kami duduk dalam kumpulan masing-masing, kami telah diberitahu untuk membawa bahan-bahan seperti 6 keping mounting board bersaiz A4, gunting, gam Uhu Stick, pisau kecil, riben kain [suku inci untuk lebar dan setengah meter untuk kepanjangan riben], majalah terpakai yang glossy dan puncher untuk membuat tugasan yang pertama pada minggu hadapan.


BBM3410/18: Saya Syaqinah dari Borneo

Nama saya Nursyaqinah binti Sakala. Nombor matrik saya 185344. Saya berasal dari Tawau, Sabah. Saya merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik dan kami didampingi oleh ibu dan ayah yang amat menyayangi kami. Saya merantau ke tanah Semenanjung untuk menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah di Universiti Putra Malaysia. Saya merupakan pelajar tahun akhir bagi program Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Kini hanya tinggal satu semester lagi untuk saya menuntut ilmu dalam bidang ini. Saya lebih meminati aktiviti lasak daripada aktiviti yang kurang menekankan tahap fizikal.