Wednesday 3 October 2018

BBM3410/18: Tugasan Atas Talian Putrablast

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini merupakan minggu ke 4 kuliah. Pada hari Isnin yang lalu, pensyarah kami iaitu Prof. Dr. Normaliza telah memberikan tugasan kepada kami melalui Putrablast. Oleh kerana kami diberikan tugasan melalui atas talian, kami boleh  menyiapkan tugasan tersebut dimana sahaja kami berada. Ada yang menyiapkan tugasan tersebut di kolej kediaman, ada juga di perpustakaan dan juga di fakulti. Tugasan tersebut menghendaki kami untuk menjadikan buku BOOM with Social Media sebagai rujukan. Kami dikehendaki untuk memberikan persepsi masing-masing tentang jenis-jenis media sosial yang terdapat dalam bab 1 buku tersebut. Saya telah memberikan persepsi secara meluas yang merangkumi kepada rakyat Malaysia. Saya meneliti media sosial yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia. Kemudian kami dikehendaki untuk memilih salah satu jenis media sosial untuk menerangkan kegunaan media sosial tersebut dalam pembelajaran di universiti kami. Saya telah menerangkan tentang subjek Penterjemahan Audio Visual dimana kami telah membuata tugasan dan perlu memuat naik tugasan tersebut di Youtube. Kami dikehendaki untuk menghantar tugasan tersebut melalui email pensyarah kami pada jam 2 petang sehingga 3 petang sahaja. 





No comments: