Ingin aku
luahkan
Ingin aku
katakan
Ingin aku
sampaikan
Apa yang
tersirat di hati kecil ini
Kerana hati
ini tidak mampu
Untuk
menyimpan segalanya
Namun aku
tidak tahu
Ke mana dan
kepada siapa ingin aku luahkan
Kerana aku
takut
Luahan aku
akan menyakitkan hati lain
Kerana
lidah manusia paling tajam di dunia
Namun aku tahu
Suara-suara itu tak bisa dipenjarakan
Ia pasti
akan meronta dan meronta
Untuk
dibebaskan
Namun aku pilih
Sehelai kertas dan sebatang pensil
Untuk
meluahkan segalanya
Dan akan ku
bakar
Agar
menjadi abu
Agar tiada
siapa yang tahu
Namun aku
takut
Jika aku
terpaksa
Berjalan
dalam debu
Mencari abu
yang telah aku bakar
No comments:
Post a Comment