Wednesday 26 September 2018

BBM3410/18: Asas Grafik Tugasan Pertama

Pada hari Rabu minggu pertama, kelas Multimedia Dalam Bahasa merupakan kelas pertama yang kami ikuti untuk semester yang terakhir ini. Pensyarah bagi subjek ini ialah Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Beliau juga merupakan penyelia untuk Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) saya. Pada kuliah tersebut, beliau mendedahkan kepada kami dengan lebih mendalam tentang subjek yang akan kami pelajari selama 14 minggu. Beliau memberitahu kepada kami bahawa terdapat tugasan dalam kumpulan dan tugasan secara individu. Beliau juga turut mengarahkan kami untuk mencari 10 orang dan membentuk satu kumpulan. Seterusnya, beliau juga telah menyatakan tentang tugasan yang akan kami lakukan sepanjang semester yang terakhir ini. Pada hari tersebut, setelah kami duduk dalam kumpulan masing-masing, kami telah diberitahu untuk membawa bahan-bahan seperti 6 keping mounting board bersaiz A4, gunting, gam Uhu Stick, pisau kecil, riben kain [suku inci untuk lebar dan setengah meter untuk kepanjangan riben], majalah terpakai yang glossy dan puncher untuk membuat tugasan yang pertama pada minggu hadapan.


No comments: