Aku hanya seorang manusia
Yang kehadiranku sering kali tidak
diketahui
Aku hanya ingin menulis
Walaupun aku tahu bahawa
Aku ini bukanlah baik dalam
menghasilkan karya
Sajak,
puisi, cerpen mahupun novel
Mungkin
juga setiap tulisanku
Untuk sampai ke taraf sesuatu karya
itu
Sememangnya tidak sampai
Namun usaha keras tetap aku
jalankan
Aku
mengakui
Memulakan
sesuatu amat sukar bagi ku
Aku
mengakui
Mungkin
ini hanyalah permulaan
Permulaan
untuk aku mengembangkan lagi karya kreatifku
Aku percaya
Kritikan pasti akan memajukan
Takut bertanya sesat jalan
Takut salah bodoh selamanya
Takut mengambil risiko
Bakat dan karya terkubur selamanya